Sebuah blog yang mempaparkan perkembangan koperasi sekolah kepada ahli-ahlinya

Thursday 17 November 2011

Koperasi SMK Kota Samarahan Berhad dilengkapi Program SEEKOP 123 Perniagaan

Sistem SEEKOP Perniagaan Sedia untuk di gunakan menjelang 2012

En.Anderson menunjukkan cara membina barcode
Koperasai SMK Kota Samarahan Berhad maju setapak lagi dengan pemasangan sistem SEEKOP 123 Perniagaan . Seramai 15 oarang ALK Guru dan Pelajar telah mengikuti bengkel tersebut di Koperasi SMK Kota Samarahan bermula  14-17 November 2011. Kursus telah dikendalikan oleh En.Anderson ak Edit ,Juruprogram Unit Seekop ANGKASA Sarawak.

Pada hari pertama bengkel, semua peserta telah terlibat dalam pengiraan stok dan mengkategorikan jenis barang yang dijual . Pada hari kedua sistem SEEKOP 123 talah di"install" dan kerja-kerja memasukkan data barangan ke dalam sistem menggunakan BARCODE telah dilakukan oleh Juruprogram. Pelajar juga telah diarah menjalankan latihan praktikal memasukkan data dan mencuba sistem yang baru itu. Pada hari berikutnya pelajar telah ditunjuk cara menggunakan, memasukkan, mengubah ,menambah maklumat serta membina bar kod sendiri .

Kerja-kerja install program ke dalam komputer
Bengkel berakhir dengan penyampaian cenderhati kepada kedua-dua juruprogram. Kejayaan bengkel ini menandakan pada tahun 2012 Koperasi SMK Kota Samarahan Berhad akan menggunakan urusniaga menggunakan sistem BARCODE sepenuhnya.

Semoga sistem yang canggih ini dapat memudahkan urus niaga dan seterusnya meningatkan jualan kopersi.


Kerja-kerja melabel barang dilakukan
Pelajar dilatih untuk menggunakan sendiri sistem SEEKOP Perniagaan
Pihak kopersi SMK Kota Samarahan menyampaikan cenderahati kepada Juruprogram