Sebuah blog yang mempaparkan perkembangan koperasi sekolah kepada ahli-ahlinya

Monday 27 June 2011

Sambutan Hari Koperasi SMK Kota Samarahan meriah

Karnival Hari Koperasi SMK Kota Samarahan meriah


Kumpulan Koir ALK SMK Kota Samarahan menyanyikan lagu Semangat Koperasi
Aktiviti Penanaman Pokok Hari Koperasi
SAMARAHAN: 25 JUN 2011- Kernival Hari Koperasi SMK Kota Samarahan berlangsung dalam suasana meriah sepanjang hari berlangsungnya sambutan tersebut. Program yang bertujuan      menyemai budaya keushawanan dalam kalangan pelajar mendapat suntikan semangat dengan     kehadiran wakil khas, Bendahari Angkasa Sarawak Saudara  Mohd Ridwan Bin Abdullah . Majlis pagi itu dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Koperasi. Adik Crista Sim Siang Shung     membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia, Adik Amir Redzuan Bin Mohammad Ali menyampaikan ucapan bagi pihak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan                 Kepengunaan manakala Adik Nurizzatul Fitri Binti Zambia membacakan perutusan Presiden   Angkasa. Semasa ucapan perasmian oleh pengerusi Koperasi SMK Kota Samarahan, Pn.Juita Hj Senawi berharap program yang julung-julung kali didadakan sememangnya dibuat secara          besar-besaran untuk menunjukkan kesungguhan bahawa kewujudan  Koperasi SMK Kota     Samarahan Berhad di SMK Kota Samarahan bersedia menyemai budaya keushawanan dalam kalangan pelajar selain berharap kopersi akan medapat keuntungan yang lebih besar.

Johan Program Pembudayaan Keushawanan Sekolah

Adik Crista Sim dinobat Koperator Terbaik 2011
  Kemuncak acara adalah perasmian program oleh pengetua SMK Kota Samarahan yang menarik kain rentang tertera alamat blog kopersi iaitu http://koperasismkksberhad.blogspot.com. Sebaik acara perasmian tamat, pelajar dihidangkan dengan Lagu Semangat Koperasi oleh pasukan koir ALK Koperasi dibawah bimbingan Cik Agnes Molly. Semua pelajar juga bersama-sama     melafazkan ikrar yang diketuai oleh Adik Crista Sim Siang Shung     . Sebagai simbolik juga upacara penanaman pokok dilakukan secara bersama oleh pengetua dan wakil Angkasa. Pada    perhimpunan tersebut tetamu yang hadir dari kalangan AJK PIBG, ibubapa pelajar, guru dan     pelajar telah menerima pen dan Flayer sebagai tanda ingatan sambutan Hari Koperasi 2011.

Penyampaian Pen Tanda Igatan Hari Koperasi

Perhimpunan turut menobatkan adik  Crista Sim Siang Shung sebagai Koperator Terbaik 2011    menewaskan tiga pencabar lain aitu adik Azizah Binti Bidin, Yap Kui Tan dan Abid Azhar Bin Annuar. Beliau mengondol wang tunai RM50.00, Piala serta sijil. Bagi kategori Program        Pembudayaan Keushawanan Sekolah telah dimenangi oleh  Nurul Haffizah Qhuzni Bt Enn,,Nurul Izzatul Fitri Binti Zambia, Azizah Bidin dan Monica Simon  yang memperkenalkan produk jenama “ALWA PUDING” sementara tempat kedua dimenangi oleh kumpulan yang dianggotai oleh Zulfikar Bin Alias, Mackinna Melody ak Desmond, Abdul Hadi Ali, Nizam Azuan Maulad Israil  dengan produk “De Biscuit” . Johan membawa pulang wang tunai RM200 serta sijil         manakala naib johan RM100 beserta sijil. Majlis perhimpunan diakhiri dengan penyempaian cenderahati kepada tetamu jemputan.
ALK Koperasi SMK Kota Samarahan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu jemputa
Sebaik majlis perhimpunan tamat aktiviti jualan dan persembahan pentas dijalankan. Sebanyak  lapan penaja membuka gerai jualan seperti Celcom, Thye Company, Smart Book Store, Score A, Jingki Enterprise, Telekom Malaysia. Manakala IPTA yang  terdiri daripada SATT dan ICATS. Sebanyak  35 gerai jualan makanan basah dan kering turut dibuka sebagai aktiviti perniagaan.
 Sepanjang hari tersebut, pelbagai program sampingan turut diadakan seperti pertandingan sukaneka, mewarna bagi pelajar tahap satu, Pertandingan Bapaku Sayang,Pertandingan Gendang Melayu antara Kampung, Pertadingan Karaoke Pop Yeh Yeh, Pertandingan Karaoke Tiru Suara Artis dan Pertandingan “Live Band”. Pertandingan Karaoke telah mengundang penyertaan dari Kuching, Asajaya dan Simunjan. Persembahan pentas yang memukau penonton adalah        persembahan kebudayaan SMK Kota Samarahan dibawah bimbingan Cikgu Abudul Rahim       dengan tajuk “Tarian Selamat Datang 1 Malaysia” dan tarian K PoP “No body and sorry sorry”.
Persembahan Kebudayaan

AJK PIBG cuba nasib dalam pertandingan Lagu Tiru Suara Artis

Antara peserta kalangan pelajar

Live Band mendapat tempat kalangan peserta

Antara penonton yang menyaksikan persembahan

Permainan ala supa dupa turut diadakan
  Program yang bertemakan “1 Untuk Semua, Semua untuk 1” dengan urusniaga menggunakan konsep kupon telah berjaya menarik minat penyertaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Ini bermakna koperasi SMK Kota Samarahan Berhad telah menyebar luaskan penubuhan koperasi kepada masyarakat amnya. Koperasi SMK Kota Samarahan ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja,agensi-agensi yang membantu seperti JKR, FAMA,IDA,KPSU dan SK Pendidikan Khas serta Radio Sarawak FM, Era Kuching dan Cats FM kerana bersama membantu mempromosi program ini dan berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan.

Disediakan oleh,
Yatiman Bin Karsodikromo
ALK Koperasi,
SMK Kota Samarahan


 






Thursday 23 June 2011

Kupon dan Penyertaan Aktiviti Hari Koperasi

Jadual Pertandingan Dan Aktiviti & Yuran Penyertaan

Tempat – Ruang Legar
Bil
Aktiviti
Masa
Kupon
1
Pertandingan Menyepit Guli
9.00 pagi
1
2
Pertandingan Memindah Getah dengan Straw
9.30 pagi
1
3
Pertandingan Dart
10.00 pagi
3
4
Pertandingan Bapaku Sayang
11.00 petang
3
5
Pertandingan Menyumpit
2.00 petang
2

Tempat- Foyer (Depan Pejabat Am)
1
Pertandingan Meneka Berat Labu

10.00 pagi – 3.00 petang
1
2
Pertandingan Meneka Bilangan Biji Kacang
1
3
Pertandingan Meneka Jumlah Duit Syling
1

Tempat – Kelas 3 Egah/1 Harmoni
Bil
Aktiviti
Masa
Kupon
1
Pertandingan Mewarna
9.00 pagi
1

Tempat – Pentas Utama           
Bil
Aktiviti
Masa
Kupon
1
Pembukaan – Persembahan Tarian


9.30 pagi

/

4.00 petang
25
2
Pertandingan Karaoke Pusingan 1 (Poh Yeh Yeh)
5
3
Pertandingan Live Band (Kump 1)
25
4
Selingan- Cabutan Bertuah, Lagu Permintaan/Kuiz Koperasi
1
5
Pertandingan Karaoke Pusingan 2 (Meniru Suara Artis)
5
6
Persembahan Tarian Enik – Orang Ulu

7
Pertandingan Bergendang antara Kampung
25
8
Pertandingan Live Band (Kump 2)
25
8
Persembahan Tarian Kreatif/Modern Dance

9
Selingan- Cabutan Bertuah, Lagu Permintaan
1

Tempat – Padang Tapak Jualan
Bil
Aktiviti
Masa
Kupon
1
Pertandingan Larian Membawa Ping Pong
9.00 pagi
1
3
Pertandingan Mereka Fashion
9.45 pagi
2
5
Pertandingan ‘Musical Chair’
10.30 pagi
1


Penyediaan Hadiah Untuk Aktiviti Pertandingan Hari Koperasi Sekolah, 2011

Bil
Aktiviti
Hadiah
Catatan
1.
Pertandingan Bergendang antara Kampung
RM 200, RM 150, RM 100
Wang Tunai, Piala, Sijil
2.
Pertandingan Meniru Suara Artis
RM 50, RM 30, RM 20
Wang Tunai, Piala, Sijil
3.
Pertandingan Karaoke Pop Yeh Yeh
RM 50, RM 30, RM 20
Wang Tunai, Piala, Sijil
4.
Pertandingan Live Band/Pancaragam
RM 150, RM 100, RM 50
Wang Tunai, Piala, Sijil
5.
Pertandingan Menyumpit
RM 20, RM 15, RM 10
Anggaran Kos Hamper
RM 45
6
Pertandingan Mewarna
RM 20, RM 15, RM 10
Anggaran Kos Hamper
RM 45
7
Pertandingan Dart
RM 20, RM 15, RM 10
Anggaran Kos Hamper
RM 45
8.
Pertandingan Kuiz Koperasi
Pen HKS (20 batang)

9.
PPKKS
RM 200, RM 100
Wang Tunai, Sijil
10.
Anugerah Koperator Terbaik
RM 50, RM 25, RM 25
Wang Tunai,1Piala, Sijil
11.
Sukaneka
RM 30 – 1 hmp
RM 20 – 2 hmp
RM 15 – 8 hmp
RM 10 – 10 hmp
RM 5 – 3 hmp
Anggaran Kos Hamper
RM 228

12
Penjual Kupon Terbanyak
3 Hadiah x RM
Hamper Barangan Elektrik