Friday, 27 May 2011
JOM BERAMI KE SAMBUTAN HARI KOPERASI 2011
Buat julung-julung kalinya, Hari Koperasi SMK Kota Samarahan akan diadakan pada 25 Jun 2011 Sabtu dari jam 8.00 hingga ke 4.00 petang. Pada hari tersebut antara acara yang dijangka menarik perhatian adalah:
1.Pertandingan Bergendang antara Kampung
2.Pertandingan Meniru Suara Artis
3.Pertandingan Karaoke Pop Yeh Yeh
4.Pertandingan Live Band/Pancaragam
5.Sukaneka
Penganjur bukan sahaja menyediakan pertandingan untuk pelajar malahan kepada masyarakat luar hatta kanak-kanak. Selain itu, sebanyak 50 gerai jualan akan dibuka pada hari berkenaan. Urusniaga pada hari berkenaan menggunakan kupon yang dijual pada harga RM2.00 sahaja
Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis pada hari berkenaan. Datang jangan sik datang.....nyesal kelak.
Dapatkan borang-borang pertandingan segera,
1.Bergendang- Cikgu Yatiman
2.Karaoke- Cikgu Zakaria
3.Bergendang-Cikgu Adam
Tuesday, 24 May 2011
Persidangan ANGKASA kali ke-27
KUALA LUMPUR: Pada 13 hingga 14 Mei 2011, Persidangan Kebangsaan Angkasa kali ke-27 telah diadakan bertempat di PWTC. Koperasi SMKKS telah menghantar seoang wakil ke persidangan tersebut. Pengalaman menghadiri persidangan memberi banyak input untuk dikongsi bersama. Perwakilan telah memilih AJK baru bagi memimpin gerakan koperasi di seluruh negara. Para perwakilan juga telah berpeluang mengemukakan pendapat dan membawa permasalahan koperasi kepada pengetahuan pihak terlibat. Pada persidangan tersebut, ANGKASA telah mendapat mandat untuk melaksanakan pelbagai projek raksaksa.
Penulis mewakili koperasi SMKKS Berhad |
Barisan Pemimpin ANGKASA |
Sebahagian perwakilan yang hadir |
Pengerusi ANGKASA tidak dicabar |
Wednesday, 4 May 2011
Chiang Mai & Chiang Rai,Thailand
Holidays Go go go...
Sesiapa yang berminat melancong ke Chiang Mai & Chiang Rai,
sila berhubung dengan kami.
Destinasi- Chiang Mai & Chiang Rai,Thailand
Bertolak - Bulan December
Tempoh - 4 Hari 3 Malam
Anggaran - RM 2000++/paxSila berhubung:
Cik Kon Siew Boi (016-8709431)
Pengurus Projek
Koperasi SMKKS BerhadPenaja Hari Koperasi SMKKS diperlukan.
Tawaran adalah dibuka kepada sesiapa yang berminat sebagai penaja program Hari Koperasi SMK Kota Samarahan. Program ini akan dijalankan pada 25 Jun 2011 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Pada hari berkenaan gerai-gerai jualan akan dibuka kepada orang ramai yang berminat. Segala urusan akan menggunakan kupon sahaja. Terdapat 20,000 kupon akan dijual bernilai RM40,000.00 dipasaran untuk direbut oleh para peniaga. Bagi menyokong projek ini, tawaran adalah dibuka kepada sesiapa yang berminat sebagai penaja.
8 Penaja
Perbelanjaan untuk HKS akan ditanggung oleh pihak koperasi sekolah. Memandangkan koperasi sekolah mempunyai dana yang terhad usaha dilakukan untuk mendapatkan penaja yang berminat.
10.1.Penaja Utama
Penaja Utama diambil daripada kalangan penaja yang dapat memberi peruntukan terbesar . Pihak koperasi menetapkan sumbangan sebanyak RM500.00 ke atas sebagai penaja utama sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan elektrik yang senilai. Pada hari berkenaan sebanyak 20,000 kupon bernilai RM40,000.00 berlegar dipasaran untuk direbut oleh para peniaga dan penaja. Sebanyak 50 gerai jualan akan dibuka dan 10 gerai dikhaskan kepada penaja.
10.1.1.Keistimewaan Kepada Penaja
· Penaja akan diberi tempat khas untuk menjual produk pada hari berkenaan tanpa sebarang yuran.
· Logo penaja akan dicetak pada kain rentang/banner sebagai promosi percuma.
· Iklan juga akan disiarkan melalui Sarawak FM selama seminggu.
· Iklan menerusi siaraya dari masa ke semasa semasa sepanjang program berlangsung.
· Dibenar membuat iklan persendirian mengikut kreativiti syarikat pada hari berkenaan (contoh Kad Ahli dan sebagainya)
· .Penaja dibenar membuat persiapan awal sehari sebelum program.
· Jalinan perniagaan strategik secara jangka pendek dan panjang.
Pemberi hadiah dibawah nilai RM500.00 tidak dianggap sebagai penaja utama dan dianggap sebagai penyumbang hadiah (sponser) sahaja dan tidak layak menikmati keistimewaan sepertimana penaja. Walaubagaimanapun pihak koperasi akan turut sama menyenarai dan mengumumkan nama-nama penyumbang.
10.4.Pegawai yang dilantik bagi urusan penaja.
Syarikat-syarikat swasta yang berminat hanya dibenar berurusan dengan pegawai-pegawai Koperasi berikut bagi mengelakkan penipuan.
1.Nama Pegawai : Yatiman Bin Karsodikromo
Jawatan : Pengurus Jualan
No.KP : 670513-13-5019
H/P : 013-800 9120
2..Nama Pegawai: Kon Siew Boi
Jawatan : Pengurus Projek
No.KP : 720716-13-5118
H/P : 016-8709431
3.Nama Pegawai : Nurhidayah Abdullah
Jawatan : Setiausaha Koperasi
No.KP : 710208-13-5112
H/P : 019-8197102
Tawaran Penaja dibuka sehingga 31 Mei 2011, cepat jangan lepaskan peluang ini!!!!.
Borang Pejaja dibuka sehingga 31 Mei 2011, terhad kepada 40 gerai sahaja.
<a href='http://www.mediafire.com/?ecscpu22a68h16a'>http://www.mediafire.com/?ecscpu22a68h16a</a>
Subscribe to:
Posts (Atom)