Sebuah blog yang mempaparkan perkembangan koperasi sekolah kepada ahli-ahlinya

Friday 27 May 2011

JOM BERAMI KE SAMBUTAN HARI KOPERASI 2011


Buat julung-julung kalinya, Hari Koperasi SMK Kota Samarahan akan diadakan pada 25 Jun 2011 Sabtu dari jam 8.00 hingga ke 4.00 petang. Pada hari tersebut antara acara yang dijangka menarik perhatian adalah:
1.Pertandingan Bergendang antara Kampung
2.Pertandingan Meniru Suara Artis
3.Pertandingan Karaoke Pop Yeh Yeh
4.Pertandingan Live Band/Pancaragam
5.Sukaneka

Penganjur bukan sahaja menyediakan pertandingan untuk pelajar malahan kepada masyarakat luar hatta kanak-kanak. Selain itu, sebanyak 50 gerai jualan akan dibuka pada hari berkenaan. Urusniaga pada hari berkenaan menggunakan kupon yang dijual pada harga RM2.00 sahaja

Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis pada hari berkenaan. Datang jangan sik datang.....nyesal kelak.




Dapatkan borang-borang pertandingan segera,
1.Bergendang- Cikgu Yatiman
2.Karaoke- Cikgu Zakaria
3.Bergendang-Cikgu Adam

No comments:

Post a Comment