Sebuah blog yang mempaparkan perkembangan koperasi sekolah kepada ahli-ahlinya

Friday, 18 March 2011

Jadual Tindakan Hari Koperasi Sekolah

BIL
TARIKH
AKTIVITI
TINDAKAN
1
Mac-Jun
Program Pembudayaan Keushawanan Koperasi Sekolah (PPKKS)
Pn.Nasrina Lias
2
30.Mac2011
11.Mei 2011
22.Jun2011
Perhimpunan Promosi
Pn.Jee Siaw Hui
Cik Kon Siew Boi
3
April
Persediaan Kupon
En.Yatiman
Pn.Jee Siaw Hui
4
22 Jun 2011
Aktiviti Sosial dan Budaya
-Gotong Royong di sekolah Pendidikan Khas
Pn.Nurhidayah Abdullah
5
25 Jun 2011
Perhimpunan Khas Hari Koperasi Sekolah (HKS)
Cik Kon SIew Boi
Jualan Kupon (Bermula 13 Jun )
En.Yatiman
Sukaneka
Cik Chung Chiew Joo
6
25 Jun 2011
Majlis Pelancaran Hari Koperasi Sekolah
En.Mustapha Abang
En.Raffy Sikuat
En.Adam James

Thursday, 17 March 2011

KOPERASI SMKKS BERHAD PENGEDAR PAKAIAN BUSANA ANGKASA

Sebagai anak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Koperasi SMK Kota Samarahan turut memberi sokongan dalam projek penjualan pakaian seragam sekolah jenama "Canggih". Sebagai permulaan Pengurus Jualan telah pergi sendiri ke pejabat ANGKASA di Kuala Lumpur dan membuat tempahan tersebut. Projek ini telah pertama kali dijual semasa hari pertama pendaftaran  sesi 2011 pada 31.12.2010. Sambutan ibu bapa sangat menggalakkan dan projek ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Wednesday, 16 March 2011

Terkini di Koperasi Anda


Key Chain & Neck Tie Clip Pengawas


Memo Pad With Holder


Mug


Pannant


Seminar Beg


Folio/Buku Kerja Kursus


Memo Pad with Label


Aktiviti Pembangunan Koperasi

Sejak ditubuhkan Kopersi SMK Kota Samarahan Berhad terus mengorak langkah mempelbagaikan aktiviti seperti berikut:
KOPERASI SMK KOTA SAMARAHAN BERHAD
SENARAI KURSUS-KURSUS YANG TELAH DIHADIRI BAGI TAHUN 2010

BIL
SENARAI NAMA
KURSUS/SEMINAR/
TAKLIMAT
TARIKH
TEMPAT
CATATAN
1
En. Awang Taha
Pn. Nur Hidayah Bt Abdullah
Pn. Nasrina Bt Lias
Pn. Reganiald Ngawang
Cik Chung Chiew Joo

Seminar Koperasi Sekolah Dan Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah
9 hingga 10 Julai 2010
Merdeka Palace,Kuching

SKM

2

Pn. Nur Hidayah Bt Abdullah
Kursus Pentingnya
Peranan Setiausaha
Dalam Pentadbiran
Koperasi (KPC316)
12 hingga 14 Julai 2010
Bangunan Rugayah,Jalan Song Thian Cheok 93100 Kuching

MKM

3

Pn. Nur Hidayah Bt Abdullah
Pn. Reganiald Ngawang
Cik Kon Siew Boi

Kursus Asas:
Tanggungjawab Anggota Dan Perundangan Koperasi (KA1)
30 Oktober 2010
Grand Margherita,
Kuching.

ANGKASA

4

Pn. Joan Jee Siaw Huei
En. Raffy Bin Sikuat
Kursus Asas:
Memahami Penyata
Kewangan Koperasi (KA1)
31 Oktober2010
Grand Margherita,
Kuching

ANGKASA

5



Cik Kon Siew Boi
Cik Chung Cheiw Jiew
Pn.Nurhidayah Bt.Abdullah
Pn.Nasrina Bt.Lias
Pn.Reganiald Ngawang
En.Yatiman B.Karsodikromo


Program Bicara Tokoh Usahawan Berjaya:Perkongsian Rahsia  Kejayaan


27 November 2010
Hotel Hilton Kuching


MKM



SENARAI KURSUS-KURSUS YANG TELAH DIHADIRI BAGI TAHUN 2011

BIL
SENARAI NAMA
KURSUS/SEMINAR/
TAKLIMAT
TARIKH
TEMPAT
CATATAN/
PENGANJUR

5

Pn.Nurhidayah Bte.Abdullah
Pn.Nasrina Bte.Lias
Pn.Reganiald Ngawang
Pn.Barbara ak Sian

Kursus Asas Kepimpinan Koperator Wanita (AKW)


22-23 Januari 2011

Hotel Grand Margherita

ANGKASA

6

Pn.Nurhidayah Bte.Abdullah
Pn.Joan Jee Siaw Huei

Bengkel SEKKOP 123

24-26 November 2011

Merdeka Palace Hotel  & Suite Kuching


ANGKASA

7

Cik Kon Siew Boi
En.Yatiman B. Karsodikromo


Majlis Taklimat Program Koperasi 2011

02  -  03
Mac 2011

Merdeka Palace Hotel & Suite Kuching


ANGKASA

8


En. Yatiman b. Karsodikromo

Notis Persidangan  Negeri ANGKASA  Sarawak 2011

19 Mac 2011

Hotel Grand Margherita Kuching

ANGKASA



SENARAI KURSUS/ SEMINAR/TAKLIMAT  YANG TIDAK DIHADIRI BAGI TAHUN 2010/2011


BIL

KURSUS/SEMINAR/
TAKLIMAT

TEMPAT

TARIKH

CATATAN/
PENGANJUR

1

Kursus Induksi Koperasi Ahli Baru ANGKASA

Auditorium ANGKASA Wisma Ungku A.Aziz
Jalan SS 6/1,
Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor

30 November 2010


ANGKASA

2

Bicara Eksekutif
“ Pengupayaan Modal Insan Koperasi “


Hotel Grand Margherita
Kuching

12 Februari
2011

MKM

3

Kursus Ahli Lembaga
[ AK 1 ]


Hotel Grand
Margherita Kuching

19-20 Februari
2011

ANGKASA

4

Pengurusan Bajet Berkesan
Bangunan Rugayah,
Jalan Song Thian Gheok
Kuching

07-09 Mac
2011

MKM


Artikal ini adalah sumbangan Pn.Raginald Ngawang

SENARAI TUGAS ALK

KOPERASI SMK KOTA SAMARAHAN BERHAD


SENARAI TUGAS ALK

Mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan Berhad berdaftar 4 Oktober 2004 bernombor daftar Q-1-0524 : Perkara 46

Tugas pengerusi

(1)   Pengerusi hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
(a)    mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga;
(b)   menandatangan minit mesyuarat yang disahkan;
(c)    memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi menurut Peraturan,
bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani;
(d)   memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga bila perlu;
(e)    mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod
dan dokumen Koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga;
(f)    menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang
Kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota Lembaga; dan
(g)   menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja koperasi.

(2)   Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan
Kepada mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.


Tugas setiausaha

47. (1) Setiausaha hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
            (a) memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan
                 mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen
                 untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu;
            (b)merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat;
            (c)menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku
                dan laporan yang dikehendaki oleh Lembaga;
            (d)menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga;
            (e)mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam
                buku Koperasi;
            (f)menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi; dan
            (g)menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

     (2) Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus atau pekerja      
           tertakluk kepada persetujuan Lembaga.






Tugas bendahari

48.       (1) Bendahari hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
                  (a) mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi
                        mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
                  (b) menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan
                        membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga;
                  (c) menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima
                        dalam tempoh dua puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya;
                  (d) mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan
                        Lembaga;
                  (e) menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan
                        oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan
                        yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu;
                  (f)  menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan
                        kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa
                        yang berkenaan.
                  (g)  menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk
                         Dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga.
                  (h)  menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjuk
                         kan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk
                         ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung
                         tahunan; dan
                  (i)  menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar
                        dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana
                        yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan
                        bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.
 
            (2)  Mana-mana tugas bendahari boleh diamanahkan kepada pengurus atau
                   pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.



Pengurus Belian

  1. membuat tinjauan keperluan warga sekolah
  2. mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
  3. mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli
  4. menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau lembaga
  5. menyerahkan barang belian kepada pengurus stok
  6. menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
  7. menyimpan buku log belian
  8. mengemaskini buku log belian
  9. membuat laporan bulanan untuk belian
  10. menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
  11. memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan  





Pengurus Jualan

  1. menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari pengurus stok
  2. memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
  3. menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
  4. menguruskan jualan harian di kedai koperasi
  5. melantik pembantu jualan di kedai koperasi
  6. menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
  7. mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan
  8. menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
  9. memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan berlangsung
  10. menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
  11. memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan



Pengurus Stok

Seorang ALK sedang mengira stok

  1. menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
  2. menerima stok bekalan daripada pengurus belian
  3. 
  4. merekod stok baru
  5. mengemaskini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
  6. melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum habis
  7. memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada ancaman binatang atau bencana alam/sentiasa bersih dan kemas
  8. mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
  9. membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang pelupusan atau hapuskira kepada lembaga
  10. memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
  11.  
  12. menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap mesyuarat ALK

  


 Pengurus kebajikan

  1. menyimpan senarai jenis kebajikan yang telah diputuskan oleh lembaga
  2. memaklumkan anggota untuk berkursus atas cadangan pengerusi
  3. menyediakan rekod anggota yang berkursus
  4. menguruskan khairat kematian ahli
  5. menguruskan makan-minum semasa mesyuarat ALK/mesyuarat agung
  6. menguruskan kebersihan/keselamatan/keceriaan di koperasi
  7. melantik dalam kalangan pelajar untuk perkara 6
  8. menyimpan buku log untuk semua aktiviti kebajikan
  9. menyediakan dan membuat laporan kebajikan setiap mesyuarat ALK



Pengurus Projek

  1. Mencadangkan jenis projek kepada lembaga
  2. Mempromosikan projek yang telah diputus oleh lembaga
  3. Merancang,melaksana,memantau dan mendokumentasi projek
  4. Menyediakan bajet untuk projek
  5. Memohon peruntukan projek dari lembaga
  6. Mencari penaja/rakan kongsi untuk projek koperasi



Audit Dalaman

  1. memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod releven koperasi secara bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan.

  1. mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan.

  1. memberi laporan :

            3.1.sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama 
                  tentang transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
           
            3.2.perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan
            patut dilaporkan.
           
  1. membuat pernyataan dalam laporannya sama ada  rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi

  1. melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada kerja pengauditan

  1. memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang belum jelas ( jika ada ),nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi.