Sebuah blog yang mempaparkan perkembangan koperasi sekolah kepada ahli-ahlinya

Thursday 10 March 2011

Logo,Visi, Misi dan Sejarah Penubuhan Koperasi SMK Kota Samarahan Berhad

LOGO KOPERASI


Logo Koperasi Hasil Mohd Basri Bin Bojeng 6A2/2010
























Pengertian Warna

Kuning   : Lambang Kepatuhan dan Ketaatan kepada raja
Merah    : Lambang Keberanian
Biru        : Lambang perpaduan kaum
Putih       : Lambang Kesucian dan Amanah

Pengertian Logo

Pada keseluruhanya logo ini adalah bercirikan motto koperasi iaitu "Koperasi Kita, Dari Kita Untuk Kita" Huruf K bermaksud huruf depan untuk perkataan Koperasi dan warna putih digunakan untuk mencerminkan sifat jujur dan amanah di dalam menjalankan tugas koperasi . Manakala bulan besar berwarna biru yang mengelilingi huruf K adalah untuk melambangkann perpaduan dalam kalangan guru, pelajar dan kakitangan koperasi. Warna merah pula mencerminkan keberanian koperasi dalam menghadapi risiko dalam menguruskan aktiviti koperasi. Tulisan motto kopersi yang menggunakan warna kuning adalah bertujuan untuk menunjukkan ketaatan dan kepatuhan semua ahli dalam koperasi.

VISI KOPERASI
Koperasi SMK Kota Samarahan Berhad menjadi koperasi sekolah gemilang pada tahun 2015










MISI KOPERASI
Koperasi Sekolah menyediakan peluang latihan keushawanan dalam kalangan pelajar, menyediakan perkhidmatan berkualiti dan harga jualan yang berpartutan untuk kepentingan dan kebajikan seluruh warga sekolah.








RASIONAL:
Penubuhan koperasi akan memberi peluang kepada sekolah untuk mendapat didikan dan latihan  berkoperasi. Adalah lebih baik kesedaran berkoperasi ini dapat disemaikan dalam kalangan pelajar sejak awal lagi untuk kesejahteraan anggota dan masyarakat amnya


MATLAMAT
Penubuhan koperasi sekolah diharap akan dapat menjadi prasarana bagi pelajar untuk belajar melakukan perusahaan kecil-kecilan, mengembangkan kemampuan berorganisasi, menggalakkan kebiasaan untuk berinovasi, belajar menyelesaikan masalah dan berkebolehan memberi khidmat bakti kepada sekolah dan masyarakat.



OBJEKTIF:
  1. Pembangunan koperasi melalui pendidikan di sekolah
  2. memantapkan kesedaran berkoperasi dalam kalangan pelajar
  3. membina rasa tanggungjawab, disiplin, setiakawan dan jiwa koperasi
  4. meningkatkan pengetahuan berkoperasi agar kelak berguna kepada masyarakat
  5. mengembangkan jati diri pelajar di dalam dan luar sekolah
  6. melahirkan usahawan muda yang berjaya

SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah Penubuhan Koperasi

Sejarah Penubuhan Koperasi

SMK Kota Samarahan mula beroperasi seawal 1 Januari 2002 dengan jumlah pelajar seramai 325 orang pelajar dan 23 orang guru serta 4 orang staf sokongan. Bermula dengan penubuhan jawatankuasa khas yang terdiri daripada beberapa orang guru dan usaha Puan Pengetua iaitu Puan Kalthum binti Othman, Puan Jee Siaw Huei, Puan Sim Li Choo, Encik Fathi Bin Suria dan Puan Rachel Sateh telah mengambil inisiatif mengurus keperluan utama pelajar. Keperluan utama adalah sepeti buku tulis dan kertas ujian.

Setelah berpindah ke bangunan sendiri pada 5 Ogos 2002, pihak pentadbir menetapkan sebuah bilik khas untuk dijadikan kedai koperasi bagi memudahkan segala urusan pembelian dan jualan alat tulis dan keperluan pelajar. Koperasi beroperasi setiap hari dengan menjual alat tulis dan buku tulis sahaja. Operasi koperasi diperluaska dengan menjual kertas ujian seperti kertas kajang, OMR dan kertas graf, baju pjk, buku nilam, buku laporan dan fail peka.

Koperasi telah mengorak langkah baru dengan memulakan perniagaan lain seperti menyewakan sebahagian premis kepada Syarikat Jinki Enterprise untuk dijadikan kedai fotostat  bagi kemudahan warga sekolah.

Koperasi telah ditempatkan di kedai baru yang lebih besar dan selesa. Semua ALK mengambil inisiatif masing-masing untuk menceriakan kedai dan menjadikan kedai koperasi lebih mantap dan maju.  Kini, perniagaan koperasi bertambah selain membekal keperluan pelajar, perniagaan ais-krim, segala keropok dan kerepek juga menunjukkan insiatif ALK. Koperasi turut membekalkan semua keperluan warga sekolah seperti percetakan dan penerbitan, baner , signboard dan semua pembelian buku rujukan,buku kerja dan pelbagai cenderahati.

Untuk memantapkan lagi ilmu keushawanan dan pengalaman, Ahli Lembaga Koperasi  telah membuat keputusan bijak dengan menyertai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(ANGKASA) pada 15 Julai 2010. Semua ALK telah berpeluang berkursus dan mendapat manfaat lain seperti Progam SEKKOP 1,2,3 yang dapat memudahkan lagi pengurusan koperasi.

Koperasi juga mendapat sijil penghargaan untuk Anugerah Kualiti Koperasi 2010 untuk kategori sekolah Harian B. Koperasi juga diletakkan di bawah program anak angkat oleh pihak suruhanjaya koperasi Malaysia bersama Felcra Samarahan. Ini adalah program kerjasama antara koperasi dewasa dan koperasi sekolah.

 
Latar belakang penubuhan dan senarai ALK dari 2004 – 2010.

 Proses penubuhan :                 23 Julai 2003           Mesyuarat Awal Penubuhan

                                                18 Oktober 2003  -    Mesyuarat AJK Koperasi

                                                Jan – Apr 2004     -    Lawatan dan Bimbingan Pegawai penyelia
                                   
                                                Mei 2004              -     Mesyuarat Awal Penubuhan

                                                4 Oktober 2004    -     Ditubuhkan secara rasmi dan didaftar di
                                                                                    bawah Jabatan Pembangunan Koperasi
                                                                                    Malaysia.

 Ahli Lembaga Koperasi Pertama dibentuk  selepas penubuhan seperti berikut:

Pengerusi                     :          Puan Hjh Dayang Mastura Binti Awg Hassim
Naib Pengerusi            :          Encik Mushadat Bin Hj Edit
Setiausaha                   :          Encik Fathi Bin Suria
Bendahari                    :          Puan Jee Siaw Huei
Pengurus Stok             :          Puan Rachel Sateh
Pengurus Jualan          :          Puan Sim Li Choo
Pengurus Projek          :          Puan Nurhidayah Abdullah

Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan pada 17 Ogos 2005.
ALK untuk sesi 2004 dikekalkan.

Mesyuarat Agung Koperasi kedua diadakan pada 26 September 2006

ALK untuk sesi 2005 dikekalkan untuk tahun kewangan sesi 2006-2007.

Mesyuarat Agung Koperasi Ketiga diadakan pada 23 Oktober 2007.

ALK untuk sesi 2007/2008 adalah seperti berikut:

Pengerusi                     :           Puan Siti Norbaya Bt Hj Mansor

Naib Pengerusi            :           Encik Mushadat Bin Hj Edit

Setiausaha                   :           Puan Nurhidayah Binti Abdullah

Bendahari                    :           Puan Jee Siaw Huei

Pengurus Stok             :           Cik Chung Chiew Joo

Pengurus Belian          :           Puan Rachel Sateh

Pengurus Jualan          :           Puan Sim Li Choo


Mesyuarat Agung Koperasi keempat diadakan pada 18 September 2008

Semua ALK dikekalkan untuk tahun kewangan berikut kecuali untuk jawatan pengerusi telah diganti oleh pengetua baru iaitu Puan Siti Norbaya Bt.Hj Mansor.

ALK yang terpaksa menamatkan keanggotaan kerana berpindah adalah:

1. Encik Fathi Suria berpindah ke SMK Tun Abg Hj Openg
2. Puan Sim Li Choo berpindah ke SMK Sg.Maong
3. Puan Hjh Dyg Mastura Binti Hj Hassim berpindah ke SMK Matang Hilir,Kch.
4. Encik Mushadad Bin Hj.Edit berpindah ke SMK Asajaya.

ALK yang telah menamatkan jawatan  adalah:
1. Puan Hjh Siti Norbaya Binti Hj Mansor berpindah ke Kuala Lumpur
1. Puan Rachel Sateh meletak jawatan sebagai ALK

Mesyuarat Agung Koperasi Kelima diadakan pada 15 Oktober 2009.

ALK untuk sesi 2009

Pengerusi                     :           Puan Hjh Juita Binti Haji Senawi
Setiausaha                   :           Puan Nurhidayah Abdullah
Bendahari                    :           Encik Awang Taha B. Awg Kepli                 
Pengurus Stok             :           Cik Chung Chiew Joo
Pengurus Jualan          :            Puan Chong Mui Sam
Pengurus Belian          :            Puan Jee Siaw Huei
Pengurus Projek          :           Puan Reganiald Ngawang


Pindaan undang-undang kecil telah dipinda buat pertama sekali selepas penubuhan rentetan daripada perubahan Jabatan Pembangunan Koperasi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Antara pindaan yang dibuat ialah dari 14 orang ahli lembaga guru dan pelajar kepada 15 orang iaitu 8 orang alk guru dan 7 orang alk pelajar.

Fi masuk dari 0.50 kepada RM1.50 dan Syer ahli dari RM1.00 kepada RM2.50 bagi pelajar.
Manakala untuk guru kekal fi masuk RM2.00 dan Syer RM10.00.



Mesyuarat Agung Koperasi Keenam diadakan pada 30 September 2010

ALK untuk sesi 2010/2011

Pengerusi                     :           Puan Hjh Juita Binti Haji Senawi
Setiausaha                   :           Puan Nurhidayah Abdullah
Bendahari                    :           Puan Jee Siaw Huei
Pengurus Projek          :           Cik Kon Siew Boi
Pengurus Stok             :           Cik Chung Chiew Joo
Pengurus Jualan           :           Puan Nasrina Lias
Pengurus Belian           :           Encik Yatiman Karsodikromo
Pengurus Kebajikan     :           Puan Reganiald Ngawang

(maklumat sejarah koperasi sekolah adalah sumbangan Pn.Nurhidayah Abdullah)




No comments:

Post a Comment