Sebuah blog yang mempaparkan perkembangan koperasi sekolah kepada ahli-ahlinya

Thursday 17 March 2011

KOPERASI SMKKS BERHAD PENGEDAR PAKAIAN BUSANA ANGKASA

Sebagai anak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Koperasi SMK Kota Samarahan turut memberi sokongan dalam projek penjualan pakaian seragam sekolah jenama "Canggih". Sebagai permulaan Pengurus Jualan telah pergi sendiri ke pejabat ANGKASA di Kuala Lumpur dan membuat tempahan tersebut. Projek ini telah pertama kali dijual semasa hari pertama pendaftaran  sesi 2011 pada 31.12.2010. Sambutan ibu bapa sangat menggalakkan dan projek ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment